Assalamualaikum :)
Apa kbr sahabat pembaca sekalian?
Sihat ?
Alhamdulillah klu mcm tu =D
Hari ni Mira hanya nak berkongsi sesuatu..
[83]
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang
Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang
mengasihani”.
[84]
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit
yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan
seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan
mendapat balasan baik).
Surah Al-Anbiya’ ayat 83-84
Maksud doa
-ajak , panggil ,seru Allah
Seperti firman Allah dlm surah al - Jinn
Ayat 18
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah
semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama
Allah.
DOA – meminta sesuatu daripada Allah
"Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang
yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Surah Al-Ghafir ayat 60
DOA adalah perintah Allah
BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI dan SUARA yang PERLAHAN
DILARANG berdoa scara melampau sperti menjerit-jerit
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas."
Surah Al-Araf ayat 55
DOA adalah INTIPATI kpd IBADAH
Apabila sesuatu perbuatan dimulakan dgn doa ,dapat pahala..
Apakah perbezaan doa ketika waktu senang dan susah?
Salman al-Farisi merupakan seorang sahabat Rasulullah..
“ Apabila seorang hamba berdoa sewaktu senang,lalu berdoa
waktu susah,malaikat berkata,”Dia selalu dengar suara orang ini ,kmudian dia
akan beristighfar supaya mempercepatkan doa tersebut dimakbulkan.”
Jika seseorang hanya berdoa ketika waktu susah,akan berlaku
di sebaliknya.. Waalahualam
Pada waku 1/3 malam,Allah menyeru hamba2NYA untuk berdoa
kpdNYA dan dimustajabkan doanya.
Siapa yang meminta ampun,insya Allah diampunkan segala
dosa2nya..
Adakah doa orang-orang jahat dimakbulkan?
-TIADA tegahan dlm berdoa
-Sesiapa shj boleh berdoa kpd Allah
Asalkan ikhlas
Sbg contoh :-
Iblis merupakan MAKHLUK paling JAHAT , namun dia memohon kpd
Allah agar ditangguhkan kematian sehingga hari kiamat..
[36]
Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.
[37]
Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
[38]
“Hingga ke hari – masa yang termaklum”.
Surah Al-Hijr ayat 36-38
ADAB BERDOA
1-Duduk dengan penuh KHUSYUK
2- Memakai pakaian yang BERSIH
3- Dalam keadaan BERWUDHUK
4- Memuji Allah S.W.T dgn menyebut Alhamdulillah
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Doa-doa yang BAIK
Doa dengan MINAT dan KHUSYUK serta FOKUS
-Jangan hiraukan gangguan lain
Allah TAK makbulkan DOA orang yang LALAI ketika berdoa ..
Wallahualam
Bolehkah seseorang meminta agar cepat mati apabila sudah
lagi tak snggup utk mneruskan kehidupan?
DILARANG sama sekali dlm agama ISLAM
Adakah kita boleh berdoa dalam BM?
Boleh , x menjadi masalah .. Yang penting kita memahami isi
kandungan doa
Bolehkah berdoa keburukan utk org yang zalim kpd kita?
TIDAK BOLEH..
Sebaik2nya BERDOALAH agar orang tersebut diberikan hidayah
oleh Allah
Kita sebagai hamba ALLAH yang seba kekurangan lagi HINA dan
kerdil ini..
TIDAK BOLEH memaksa Allah utk memakbulkan doa kita
Jangan berputus asa jika doa masih belum dimakbulkan
Sabar dalam berdoa kpd Allah
Allah itu MAHA MENDENGAR
Maaf salah silap saya dlm penulisan entri ini..
Sila beri teguran jika saya salah :)