Wednesday 25 April 2012

Kolej Matrikulasi Pahang a.k.a KMPh

Assalamualaikum :)

Apa kbr imanmu hari ini?
Smoge semua berada dlm keadaan sihat sejahtera =D

Dah lame Mira x update blog..
Sbb xtahu nak ckp ttg ape..
Huhu~

Hari ini sekadar berkongsi..
Bkn niat nak menunjuk2..


Alhamdulillah Mira dpt kt sini..
Dpt perakaunan =)
Dah lama jugak mengidam nak belajar kat sini..
Termakbul jua permintaanku..
Terima kasih Ya Allah :)

Insya Allah Mira nk tebus balik kegagalan masa silam dan buat yang terbaik..
Doakan Mira ya kalian?
Amin Ya Rabbal Alamin..

Maaf salah silap mira dlm entri ini..

Saturday 21 April 2012

Sinar Kehidupan :D

Assalamualaikum shbt pembaca sekalian..
Apa kbr imanmu pd hari ini?
:)


 Alhamdulillah kerana hari ini diriku ini masih diberi nafas utk trus hidup di atas muka bumi ini..
Dan Allah S.W.T masih membuka peluang untuk Mira bertaubat..

Kadang2 Mira terfikir..
Kesilapan yang Mira lakukan pada masa dahulu telah mengubah hidup Mira kini..
Namun,aku tidak mahu lagi lemas dlm kejahilan yg pernah aku alami dlu..
Astaghfirullah al azim..
Suatu masa dahulu,aku tercari-cari cahaya yang benar dlm kegelapan..
Namun masih tidak ku temui..


Aku berasa diri ini sangat jauh dr Allah S.W.T..
Aku rasa hidup ini sperti kosong..

Akhirnya,ku temui jua jln yg benar..
Jalan yang lurus..
Aku dpt keluar dlm kegelapan yg membelenggu diri..
Aku panjatkan kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa,Allah S.W.T

Sesungguhnya aku tidak mahu lagi menoleh ke belakang lagi dan mengenangkan perkara-perkara yang sudah berlaku..
Aku ingin sentiasa bersamaMu Ya Allah tak kira susah atau senang..

Jika kau izinkan aku ya Allah , aku ingin mengajak rakan-rakan dan orang2 yang terdekat mnuju ke jalanMu..


* Menulis dari hati :D

Wednesday 18 April 2012

Ku Baca Firman Persaudaraan


Assalamualaikum semua..
Apa kbr imanmu hari ini?
Moga2 kalian sntiasa di bwah rahmat Allah S.W.T

Video ini khas ku tujukan buat saudara dan saudari yg bergelar shbt..
Shabat susah senang bersama..
Moga2 Allah memberkati talian persaudaraan kita..
insya Allah :)


ketika aku baca firmanNya, sesungguhnya mukmin itu bersaudara,
aku tahu ukhuwah tidak perlu diperjuangkan,
tidak perlu kerana ia adalah akibat daripada iman,

aku teringat pertemuan pertama kita,
dalam sedetik sahaja aku telah merasai perkenalan, bahkan kesepakatan,
itulah roh-roh kita yang saling menyapa dan berpeluk mesra,
dengan iman yang menyala mereka telah muafakat,
meskipun masih belum menyebut nama dan tangan belumpun berjabat,

ya.. aku baca lagi firman Nya, sungguh setiap mukmin itu bersaudara,
aku makin tahu bahawa persaudaraan itu tidak perlu diperjuangkan,
kerana saat ikatan kita lemah, 
saat keakraban kita merapuh, 
saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan terasa siksaan, 
saat pemberian bagai bara api, 
saat kebaikan justeru melukai,
aku tahu yang rombeng bukannya ukhuwah kita,
tetapi iman kita yang sedang sakit, atau menjerit, ataupun kedua-duanya sekali,
dan engkau slalu saja sering menjaga iman mu, 
sedang iman aku lah yang sering compang-camping..

ku baca lagi firman persaudaraan itu dan aku makin tahu,
mengapa dikala lain diancamkan para kekasih pada hari itu,
sebahagian menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
kecuali orang-orang yang BERTAQWA...


Aku pernah merasai kehilangan sahabat yang paling dikasihi..
Namun aku percaya Allah pasti akan menggantikan tempatnya dgn seorang sahabat yang lain..
Aku bersyukur kpdMu Ya Allah atas kurniaanMu..
Terima kasih atas pemberian shbt2 kpd hambaMu ini..
Sesungguhnya Kau telah kurniakan hamba shbt2 yang membawa hamba ke jalan kebenaran bukan kesesatan..


Tuesday 17 April 2012

Tawaran Terkini :)

Assalamualaikum..
Apa kbr smua pembaca?
Mira harap anda semua dlm keadaan sihat awalafiat..
Alhamdulillah , insya Allah =)


Alhamdulillah,stkt nie Mira da dpt beberapa twrn tp ke IPTS..
Wat mse nie,mira simpan dlu..
Mira nk tnggu pnggilan IPTA,IPG,Tingkatan 6 . insya Allah

Smlm mira dpt twaran ke Kolej Poly-Tech MARA..
Dlm DIPLOMA PERAKAUNAN


Alhamdulillah :)
Syukur kpd Allah..
Namun,Mira msih pelu melakukan istikarah agr diberi pilihan terbaik .
insya Allah

Monday 16 April 2012

Dugaan Remaja

 Assalamualaikum..

Credit to :  NUR SHARMILA
iluvislam.com


Bismillahirrahmanirrahim. 
Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya.
 Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.

Isu aurat dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.
Remaja yang masih dapat menutup aurah sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
 
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,



Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,
Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.




Andai tersalah kata mahupun bahasa, aasif wahai teman. 
Sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan.
 Segala yang baik datang dari-Nya dan buruk itu datang dari insan tidak sempurna ini.

My Answers For This Song :D

Assalamualaikum..
I have changed certain line of this song..
I want to show this to my future husband..
Insya Allah =)

All My Life - SHAYNE WARD

I will never find another lover
* Change lover to husband
Sweeter than you
Sweeter than you
And I will never find another lover
* Change lover to husband
More precious than you
More precious than you
 
Boy you are
* ( Sweet name ) you are
Sweet name means the suitable calling name to your husband :)
Close to me you're like my mother
Close to me you're like my father
Close to me you're like my sister
Close to me you're like my brother
You are the only one,
* Insya Allah you're the only husband I have in this world and hereafter
You're my everything
And for you this song I sing

All my life
I prayed for someone like you
And I thank God that I
* I would like to thank Allah because HE has given me a good husband :)
That I finally found you
* Alhamdulillah

All my life
I prayed for someone like you
And I hope that you
Feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too
* As your wife not lover before akad nikah

I said, you're all that I'm thinking of you
Said I promise to never
Fall in love with a stranger
You're all I'm thinking of
I praise the Lord above
* I praise to Allah because HE has gave you to me :) Alhamdulillah
For sending me your love
I cherish every hug
I really love you

You're all that I ever know
When you smile on my face
All I see is a glow
You turn my life around
You picked me up when I was down

You're all that I ever know
When you smile my face glows
You picked me up when I was down

You're all that I ever know
When you smile my face glows
You picked me up when I was down

And I hope that you
Feel the same way too
Yes I pray that you
Do love me too

Thursday 12 April 2012

Kedatangan Nenek :)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah Mira msih dikurniakan nyawa oleh Allah..

* Credit to : Mr Google

Kenapa bercakap tentang nenek nie?
Err,,
Xde la =D
Sje je..

Nk kongsi pengalamn menjaga nenek yg berusia 74 tahun..
Alhamdulillah Ya Allah krana Kau masih memberikan ksihatan yg baik kpdnya utk trus mnunaikan kwajipan kpdMU..

Nenek dtg ke rumah pd 14 Mac 2012 yg lalu..
Pd mulanya,Mira ingt nenek nk duduk 2 minggu je..
Rupa2nya tak..
Sebulan ^^
Sampailah 14 April 2012..

Ragam?
Wah..
Soalan cepumas tu..
Em,byk karenah yg Mira dan mama serta abah hdapi..
Tp kami ikhlaskan hati dan brniat utk mlakukan smua ini semata2 krna Allah S.W.T

Nenek baru shj kmatian suaminya pd bln 11 thun 2011..
Mira pun tak sangka bhawa hari raya tahun lpas adalah hari raya yg terakhir bersama datuk..
Innalillah wainnalilla hirojiun..

Mira bersyukur sbb Allah plih Mira rasa pengalaman tu..
Spjg sbulan tu,Mira tlg mandikan nenek stiap hari,teman die mkn,berbual2,ingatkan solat dan lain2 perkara lg..
Em,Mira rasa nenek mcm ade sdikit pnyakit Alzhemier atau bahasa kasarnya mcm mudah lupa ..
Namun,kami smua fhm keadaan nenek..

Kdg2,rasa sayu tgk nenek..
Huhu T_____T

Mira pun terfikir cm ne la keadaan mama dan abah waktu tua nnty..
Mira mohon pd Allah mudah2an DIA memberi peluang kpd diriku utk berbakti kpd mama abahku..

Amin ya rabbal Alamin~
insya Allah =)

Tuesday 10 April 2012

Posting Sources :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  , I still alive today .

Hehe , tajuk je dlm B.Inggeris..

Mesti ramai org tertanya2 , dr mana smber Mira dptkan crmh?
* Ramailah sgt org yg tnya x)


Hurm,scara jujurnya , Mira dpt cmh tu dr program Tanyalah Ustaz setiap hari kul 7 smpai 8 stiap pagi..
Jd ,Mira transfer nota yang Mira catat dlm blog..
Moga2 dpt mendatangkan manfaat kpd para pembaca.. :)
insya Allah,,

Drpd Mira pnuhkan blog dgn perkara2 mazmumah , baik Mira tulis sst yg mampu beri kbaikan kpd orang lain..

Mira nie pun bknlah smpurna dan baik sgt..
Every man ever made mistakes .

Slain itu , sgala ayat2 al-Quran yg terkandung dlm post , Mira rujuk dr laman web ini..

Sgala gmbr2 pula,Mira dpt dr Mr .Google =)


Sekian.
terima kasih kerana sudi membaca.

Ingat Akan Kematian

Assalamualaikum..

Apa khabar semua pembaca?
smoga anda smua di bwah lindungan dan rahmat Allah S.W.T .
insya Allah :)


Cakap ttg MATI nie , adakah anda smua bersedia menghadapinya?
Wlupun anda MASIH blum bersdia , anda tetap kena BERHADAPAN dgnnya .
Ajal tak kan dtg lmbt atau cepat walau 1 saat .

Em,sya ingin berpesan kpd diri sndiri dan rakan2 skalian , bertaubatlah sblum terlambat.
Kerana apabila saat ajal suda dtg , taubat kita takkan diterima oleh Allah

Itu baru MUQADIMAH :)

Nie catatan ceramah yg sy peroleh ^^
Moga2 dpt dimanfaatkan bersama .
insya Allah

[180]
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?”
[181]
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
[182]
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”
[183]
Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: “Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?
[184]
Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.
[185]
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Ali Imran ayat 180-185

- Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal masing2 kelak cuma tidak diketahui waktunya.
* Tak dpt dilewatkan atau dilambatkan walaupun satu saat

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Surah al-A'raf ayat 34 

- Sentiasalah mengingati mati
- Apabila seseorang meninggal dunia , segala harta benda akan ditinggalkan dan hanya amalan akan dibawa
- Amalan SOLEH jadi tiket

Imam Ghazali berkata :-

Orang yang sanggup meninggalkan segala urusan dunia kerana akhirat

- Bkn bermaksud kita tak berbuat apa2 spjg hidup tp mksdnya tak terlalu taksub smpai mengabaikan akhirat

Orang yang mengejar AKHIRAT , dia akan dikejar DUNIA
Orang yang mengejar DUNIA , dia akan ditinggalkan AKHIRAT

 
- Mula bertaubat dan terus bertaubat
- Mengenali siapa diri mereka 


Apakah maksud mati / kematian ?

- Sbyk 145 kali telah disebut ttg hidup dan mati dlm al-Quran
- Mati mrupakan kiamat kecil bagi manusia
- Kiamat besar - kehancuran Bumi dan alam semesta

Definisi Mati

- Perpisahan roh drpd jasad
- Satu rasa derita smasa malaikat maut mengambil nyawa

Kesakitanya seperti tetakan 300x pedang yang tajam
Kambing yang disiat kulitnya hidup2..

Sungguh perit rasanya.

Apakah kelebihan mengingati mati?

Sabda Nabi :-

" Org yg byk ingat mati adalah orang yg pandai . "

- Bila kita terfikir saat2 kematian yg bakal dihadapi , kita pasti akan berasa insaf dan takut akan azab Allah
- Apabila kita sentiasa menginganti mati , hati kita akan menjadi tenang .

Hadis Nabi :-

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yg hendak mengerumuni
talam hidangan mereka"
. Maka salah seorang sahabat bertanya,
"Apakah kerana kami sedikit pada ketika itu?".
Nabi saw menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah campakkan ke dalam hati
kamu penyakit WAHAN".
Seorang sahabat bertanya,"Apakah WAHAN
itu ya Rasulullah?".
Nabi saw menjawab,

"Cinta pada dunia dan
takut pada mati"

Riwayat Abu Daud

- Kematian mengajar kita menjadi manusia yang bersabar,trutamanya apabila kehilangan orang yang tersayang.
- Mangajar kita utk terima dan reda akan segala qada' dan qadar yg ditentukan oleh Allah S.W.T
- Apabila sifat sbar sebati dgn diri kita,hati akan menjadi tenang

[10]
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.
[11]
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Surah Al-Munafiqun ayat 10-11

- Kita perlulah takut kpd Allah
 - Tak ada penyakit bakhil dlm diri

2 jnis bakhil :-

- Bakhil diri
* Malas melakukan ssegala suruhan Allah
* Cthnya : Malas mengaji , tak nak dekatkan diri dgn agama

- Bakhil harta
 * kdekut utk bersedekah

Setiap manusia takkan terlpas dr ujian


Bagaimanakh keadaan semasa menghadapi sakaratul maut?

Malaikat akan turun dlm keadaan putih berseri dan bersopan santun untk mengambil nyawa org yang beriman

Malaikat akan turun dlm keadaan hitam legam dan menyeramkan utk mengambil nyawa org yang TAK beriman .

Kenapakah kita perlu menziarahi jenazah?

Imam Ghazali berkata :-

1. Apabila berdepan dgn jenazzah , insafilah diri 
- tgk kematian ssorg scara keseluruhannya

2. Merenungi kematian

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Surah Ibrahim ayat 34 
 
3. Menyediakan bekalan yg scukupnya sblum dijemput kematian
4. Bersangka baik kpd mati
- doakan utk jenazah
- doakan org , org akan doakan kita


Bagaimanakah utk menempa perasaan takut utk hadapi kematian?

1. Segera melakukan solat apabila sudah masuk waktunya
2. Sgera membuat perkara wajib yg lain

apabila kita sentiasa ingt mati , kita jd taku utk melakukan maksiat

Wallahualam.
Saya mohon maaf jika berlaku kesalahan saya semasa menulis post ini..
Jika sy membuat ksilapan,anda dialu2kan utk memberi tguran..

Sekian,terima kasih ^^
 





Monday 9 April 2012

Yang Terkini Dan Terakhir

Assalamualaikum..
 
Suda lama Mira tak tulis mengenai diari harian..
Mira bz skit .


Maaf kalu gmbr di atas tak brpe jelas.
Sbnarnya , ini plihan terakhir Mira msa isi borg UPU .

Kalu anda semua nak tahu kan, Mira dpt pluang baiki smpai 5 kali borg nie .
Alhamdulillah .
Bukan semua org dpt .

Em,mungkin masa sistem tgh sesak . 
Jd dia pun cm ying tong je x)

Em,kdg2 Mira terfikir..
Layakkah aku amek asasi ?

Hurmm..
Abah kate..
Kalu tak dpt amek asasi kt IPTA , xyah amek asasi kt IPTS .
Amek je Diploma .


* Gmbr HIASAN shj :)

Tak pe Mira .
Ikut shj nasihat orang tua ^^
insya Allah

Kalu Mira tak dpt tawaran ke IPTA , insya Allah Mira nak smbung kt Kolej Professional MARA je ^^
Abah sarankan..
namun,mira tetap kena minta ptunjuk & wat solat Istikarah pd Allah .
Utk buat antara 2 pilihan.

Mengimarahkan Masjid

Assalamualaikum..


Alhamdulillah , Hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk yang bkaitan masjid.

[36]
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
 
[37]
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Surah An-Nur ayat 36-37



Masjid meupakan sebuah institusi yang penting
Semasa hijrah ke Madinah , Rasulullah telah membina masjid yang pertama iaitu Masjid Quba'.

2 Jenis Imarah 

1) Bentuk spiritual
2) Bentuk fizikal

Hadis Nabi :-

Masjid seumpama rumah bagi setiap Mukmin.

Bagi AJK masjid yg dibayar gaji,WAJIB baginya untuk menjalankan tugasnya yang berkaitan masjid
Sedekah jariah akan membantu walaupun sudah meninggal dunia

Cara Nak Galakkan Penyertaan Para Remaja

- Masukkan satu AJK khas utk remaja
- Remaja akan beri pendapat berkaitan kehendak mereka
- Anjurkan aktiviti untuk remaja
- Banyakkan aktiviti berbanding ceramah supaya pemikiran remaja tidak bertukar menjadi bosan

Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Surah at-Taubah ayat 18

5 ciri - ciri yang perlu ada pd diri AJK

1. Benar-benar beriman kpd Allah

* Lakukan semua perkara dan pekerjaan semata-mata kerana Allah Taala

2. Dasar keimanan mengenai hari akhirat

* Amal soleh di dunia menjadi saham di akhirat kelak

3. Mendirikan solat

* Anggap ia sbg agenda utama & penting dlm hidup

4. Tunaikan faredah

* Kluarkan zakat

5. Tak takut kpd sesiapa dan apapun melainkan Allah


Seelok-eloknya wang sumbangan masyarakat digunakan utk perbelanjaan program2 di masjid
- DUIT ITU MERUPAKAN AMANAH

Kenapa ada masjid yg tak mesra Muslimah ?

Sbb orang yang bina masjid tersebut tak ada jiwa masjid
Tak berfikir jauh mengenai keperluan pengguna


Adakah mengadakan kelas tambahan utk anak2 dibolehkan untuk menarik minat orang luar dtg ke masjid?

Boleh . 
Dpt dimanfaatkan orang lain

Adakah kebersihan masjid itu penting?

Msti bagi smua org

Adakah bangsa lain boleh msuk masjid?

Dibenarkan TAPI kena jaga adab
Bersifat mesra , terbuka

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

Surah Yassin ayat 12

Jangan abaikan pendapat imam

Masjid dijadikan tmpt majlis khwin = BAGUS
Apabila wktu solat sudah msuk , boleh tunaikan solat di masjid sekali.
Kena jaga tutup aurat , adab2.
Kena tunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid
Orang yang datang haid TAK BOLEH masuk msjid = HARAM

Cara Nak Naikkan Semangat semasa ceramah berlangsung?

Ceramah yang menarik

jika ada apa kesalahan dlm post ini , anda dialau2kan utk beri tguran :)
insya Allah sy akan perbaiki.

Sekian , terima kasih kerana sudi membaca .

Sunday 8 April 2012

Berkat Hidup

Assalamualaikum..


Alhamdulillah kerana Allah beri saya peluang utk bekongsi dgn para pembaca :)

[53]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[54]
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[55]
“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[56]
“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
[57]
“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -
[58]
“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”

Surah Az-Zumar ayat 53-59

- Jangan putus asa dgn dosa yang dilakukan kerana Allah Maha Pengampun . DIA gembira jika hamba2Nya bertaubat
- Ikut segala suruhan dan perintah Allah malah tinggalkan segala laranganNya

Bagaimanakah cara utk mndapatkan keberkatan hidup ?

Sabda Rasulullah :-

" jaga 5 perkara sblum datang 5 perkara . "

Hidup SEBELUM Mati
Sihat SEBELUM Sakit
Lapang SEBELUM Sempit
Muda SEBELUM Tua
Kaya SEBELUM Miskin


Adakah waktu muda kita yg dipenuhi dngn maksiat dan apabila bertaubat , adakah itu dinamakan keberkatan hidup ?

- Berusaha utk berubah
- Kalau sentiasa bergelumang dgn maksiat maka hidupnya tidak akan diberkati

 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Surah Al - Baqarah ayat 222


Apakah seseorang tak dpt keberkatan hidup ?

- Byk
-  Orang yang melakukan maksiat
- Gembira apabila melakukan maksiat

Seseorang mendapat laknat Allah apabila :-

- Tak kluar dr maksiat yang dilakukan
- Tak usaha nak keluar d kemaksiatan

Cth : dedah aurat , merompak

Apakah proses utk teus istiqamah dlm memperoleh keberkatan hidup ?

 
1. jaga ibadat
2. Jaga perwatakan

Sentiasa belek al-Quran , kmudian baca & fhmkan serta amalan isi kandungannya
- Hayati terjemahan terutamanya yang berkaitan hukuman Allah terhadap manusia yg berbuat dosa dan maksiat
- Yakin dgn azab Allah


Maksud rezeki diberkati

- Kalu kita kaya dan berharta , kita tidak sombong malah bersifat tawaduk ( mrndah diri ) .
- Kaya TAPI tak kedekut
- Bila berhutang , senang nak bayar semula.
- Kerja dgn amanah

Apakah punca seseorang tak dapat keberkatan hidup dlm rezeki ?


1. Pnca utama

- TAK ikhlas
- Buat sesuatu kerja secara smbil lewa seperti melepaskan batuk di tangga

Sabda Nabi :-

" Setiap perbuatan bermula dgn niat . "

2. Banyak melakukan maksiat

Sabda Nabi :-

" Seseorang itu akn terkurang drpd mendapat rezeki kerana maksiat yg dilakukan"

Jika seseorang itu tidak bersyukur , betulkah dia tak ada keberkatan hidup ?

- Ya

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Surah Ibrahim ayat 7

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah al-Araf  ayat 10

Apakah cara terbaik nak pastikan rezeki diberkati ?

1. Pastikan niat diperbetulkan
2. Berazam utk berbakti kpd org susah
3. Jangan lalai kerana hati

Wallahualam~
Jika ada apa2 ksilapan dlm post sy , berikan tguran scara terbuka .
Insya Allah dpt diperbaiki

Sekian , terima kasih .

Tuesday 3 April 2012

Nak Sambung Ke Mana ?

Assalamualaikum semua.



Saya pening , pening ..
Kenapa?
Sbb sy tak tahu nak wt pilihan..

Kalu dulu,calon2 SPM 2011 risau smpai tak tdOw bile pk sal result..
Tp skrg,lain situasi pula..

Em,yup..
Pmlilihan utk plih tmpat nk smbung blaja..

IPTA//IPTS , Matrikulasi , Tingkatan 6 atau IPG ?
Pasti sukar utk membuat kputusan =="

Kalu sy bgaimana?
Em,sy mengutamakan IPTA berbanding IPTS..
Sbbnya, sy mempunyai alasan sendiri..

Pertama skali , sy klu boleh tak nak berhutang terlalu byk..
Sy risau sy tak mampu bayar..

Byk faktor lain sbnrnye..
Takpela , abaikan je okey?
=)


Mira arap dpt twaran blaja dlm asasi Sains Pengurusan dan Ekonomi ATAU Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) .

Amin Ya Rabbal Alamin~!! :D

Walaupun sy tak pernah blaja Bahasa Arab tp sy nak cuba perkara & pengalaman baru..

* Orang kata yg B.Arab susah tp apapun saya akan cuba sdaya mungkin.
Insya Allah
Wlupun sy terpaksa menitiskan air mata gara2 tak mampu menanggung kepayahannya tp sy rela.



Kalu tak dpt UIAM , dpt UiTM pun jdlah..
Moga2 Allah izinkan Mira smbung laja dlm bidang perakaunan ^^
Itulah cinta sy ( * mungkin ;) )



Sy ad mohon kt Universiti Sultan Zainal Abidin ( UnisZa )..
Dlm bidang kwangan , perakaunan dll..

Selain itu , sy ad mohon IPG gak..
Sy isi je borg dlu..
Mane tau ade rezeki kt mane2..
Insya Allah..


Sy mohon dlm pendidikan khas utk SK dan TESL utk SK..
Huhuhuhu~

Kalian doakan yg terbaik utk sy yup ?
insya Allah mudah2an..

Sunday 1 April 2012

Rezeki 9/10

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sbb hari ini Mira mseh berkesempatan nk tulis entri ttg crmah2 yg Mira dgr..

* Urusan berjual beli

Ayat 1 : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

Ayat 2 : Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Ayat 3 : Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

 Surah Mutaffifin ayat 1-3

Apakah itu Rezeki?

- Rezeki ialah apa sahaja yg Allah S.W.T kurnia kpd manusia dan kita dpt MANFAATnya.
- Wlupun sst brg itu milik kita tapi jika tidak mendatangkan manfaat kpd kita,maka ia bkn rezeki kita.
- Blum tntu org yg xda duit,xde rezeki.


Apakah rezeki itu benda baik shaja?

- Ada yg halal & haram

Sabda Rasulullah S.A.W drpd Abu Hurairah :-

" Akan dtg pada manusia satu zaman di mana manusia tidak peduli lagi sumbernya. "

Sahih Bukhari


Cara Nak Dapat Rezeki dengan Cara Halal

Sabda Rasulullah S.A.W :-

" Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam. "

Kenapakah kita perlu berusaha sdangkan jodoh , maut dah ditentukan?

- Tak cukup dgn usaha shj , kena disertai dgn doa & tawakal
( Semua yang berlaku atas kehendak Allah )
- Wlupun rezeki dah ditetapkan , kita msih perlu berusaha utk mencarinya

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

Surah Al-Mulk ayat 15

Antara usaha dan tawakal , mana yg perlu dilebihkan? 

- Bergantung kpd diri individu tersebut sbb stiap org berbeza2.
- Mulakan stiap perbuatan dgn membaca Basmalah

4 Jenis Rezeki -

1) Rezeki yang Allah da jamin

2) Rezeki yang Allah telah agihkan
- Dah tertulis di Luh Mahfuz

" Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). "
 
Surah Al-An'am ayat 38

3) Allah beri hak milik msing2

4) Allah dah janjikan rezeki pd hamba2 yg beriman dan bertawakal
- Bkn semua og dapat
- Ada syarat2 tertntu yg Allah tetapkan
- Datang rezeki yg tak disangka2

Adakah rezeki yang Allah janji,banyak?

- Banyak

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan.."

Surah at-Thalaq ayat 4

- Orang yang beristighfar

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya:  

“Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”

Hadis riwayat Abu Daud

 Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

- Banyakkan bersedekah

Ada orang yg merungut kenapa rezeki tak bertambah?

- Sbb rezeki yg diperoleh adalah HARAM

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

Surah al-Munafiqun ayat 9

Adakah  rezeki mempunyai rukun dan syarat?

- Ibadah di sisi Allah
- Ada rukun dan syarat

RUKUN2NYA :-

- Penjual
- Pembeli
- Barang yg dijual
- Akad ( ijab dan kabul )

Etika Perniagaan

- Contohilah Rasulullah
1) Mesti bertolak ansur
2) jujur,amanah
3) Bykkan bersedekah
4) Jangan lupa membayar zakat
5) Jangan lupa solat apabila wktunya sudah msuk
6) Mnutup aurat
7) Melakukan sumpah walau benar = MAKRUH hukumnya

Maaf jika bahasa yg saya gunakan tak brpe jelas.
Tgur saya jika ada penulisan sy yang salah.
Sekian,terima ksih :)