Tuesday, 10 April 2012

Ingat Akan Kematian

Assalamualaikum..

Apa khabar semua pembaca?
smoga anda smua di bwah lindungan dan rahmat Allah S.W.T .
insya Allah :)


Cakap ttg MATI nie , adakah anda smua bersedia menghadapinya?
Wlupun anda MASIH blum bersdia , anda tetap kena BERHADAPAN dgnnya .
Ajal tak kan dtg lmbt atau cepat walau 1 saat .

Em,sya ingin berpesan kpd diri sndiri dan rakan2 skalian , bertaubatlah sblum terlambat.
Kerana apabila saat ajal suda dtg , taubat kita takkan diterima oleh Allah

Itu baru MUQADIMAH :)

Nie catatan ceramah yg sy peroleh ^^
Moga2 dpt dimanfaatkan bersama .
insya Allah

[180]
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?”
[181]
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar -
[182]
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”
[183]
Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: “Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?
[184]
Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad, maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.
[185]
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah Ali Imran ayat 180-185

- Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal masing2 kelak cuma tidak diketahui waktunya.
* Tak dpt dilewatkan atau dilambatkan walaupun satu saat

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Surah al-A'raf ayat 34 

- Sentiasalah mengingati mati
- Apabila seseorang meninggal dunia , segala harta benda akan ditinggalkan dan hanya amalan akan dibawa
- Amalan SOLEH jadi tiket

Imam Ghazali berkata :-

Orang yang sanggup meninggalkan segala urusan dunia kerana akhirat

- Bkn bermaksud kita tak berbuat apa2 spjg hidup tp mksdnya tak terlalu taksub smpai mengabaikan akhirat

Orang yang mengejar AKHIRAT , dia akan dikejar DUNIA
Orang yang mengejar DUNIA , dia akan ditinggalkan AKHIRAT

 
- Mula bertaubat dan terus bertaubat
- Mengenali siapa diri mereka 


Apakah maksud mati / kematian ?

- Sbyk 145 kali telah disebut ttg hidup dan mati dlm al-Quran
- Mati mrupakan kiamat kecil bagi manusia
- Kiamat besar - kehancuran Bumi dan alam semesta

Definisi Mati

- Perpisahan roh drpd jasad
- Satu rasa derita smasa malaikat maut mengambil nyawa

Kesakitanya seperti tetakan 300x pedang yang tajam
Kambing yang disiat kulitnya hidup2..

Sungguh perit rasanya.

Apakah kelebihan mengingati mati?

Sabda Nabi :-

" Org yg byk ingat mati adalah orang yg pandai . "

- Bila kita terfikir saat2 kematian yg bakal dihadapi , kita pasti akan berasa insaf dan takut akan azab Allah
- Apabila kita sentiasa menginganti mati , hati kita akan menjadi tenang .

Hadis Nabi :-

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan
datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yg hendak mengerumuni
talam hidangan mereka"
. Maka salah seorang sahabat bertanya,
"Apakah kerana kami sedikit pada ketika itu?".
Nabi saw menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah campakkan ke dalam hati
kamu penyakit WAHAN".
Seorang sahabat bertanya,"Apakah WAHAN
itu ya Rasulullah?".
Nabi saw menjawab,

"Cinta pada dunia dan
takut pada mati"

Riwayat Abu Daud

- Kematian mengajar kita menjadi manusia yang bersabar,trutamanya apabila kehilangan orang yang tersayang.
- Mangajar kita utk terima dan reda akan segala qada' dan qadar yg ditentukan oleh Allah S.W.T
- Apabila sifat sbar sebati dgn diri kita,hati akan menjadi tenang

[10]
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.
[11]
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Surah Al-Munafiqun ayat 10-11

- Kita perlulah takut kpd Allah
 - Tak ada penyakit bakhil dlm diri

2 jnis bakhil :-

- Bakhil diri
* Malas melakukan ssegala suruhan Allah
* Cthnya : Malas mengaji , tak nak dekatkan diri dgn agama

- Bakhil harta
 * kdekut utk bersedekah

Setiap manusia takkan terlpas dr ujian


Bagaimanakh keadaan semasa menghadapi sakaratul maut?

Malaikat akan turun dlm keadaan putih berseri dan bersopan santun untk mengambil nyawa org yang beriman

Malaikat akan turun dlm keadaan hitam legam dan menyeramkan utk mengambil nyawa org yang TAK beriman .

Kenapakah kita perlu menziarahi jenazah?

Imam Ghazali berkata :-

1. Apabila berdepan dgn jenazzah , insafilah diri 
- tgk kematian ssorg scara keseluruhannya

2. Merenungi kematian

Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Surah Ibrahim ayat 34 
 
3. Menyediakan bekalan yg scukupnya sblum dijemput kematian
4. Bersangka baik kpd mati
- doakan utk jenazah
- doakan org , org akan doakan kita


Bagaimanakah utk menempa perasaan takut utk hadapi kematian?

1. Segera melakukan solat apabila sudah masuk waktunya
2. Sgera membuat perkara wajib yg lain

apabila kita sentiasa ingt mati , kita jd taku utk melakukan maksiat

Wallahualam.
Saya mohon maaf jika berlaku kesalahan saya semasa menulis post ini..
Jika sy membuat ksilapan,anda dialu2kan utk memberi tguran..

Sekian,terima kasih ^^
 





No comments: