Friday 7 February 2014

Diploma VS Ijazah Sarjana Muda


Assalamualaikum waahmatullah hiwabarakatuh..
Apa khabar sahabat-II ku?
Moga kalian semua sentiasa di bawah lindunganNya.
Dan iman berada dlm keadaan sihat sejahtera.
insya Allah




Hari ni, saya hanya nak menyatakan pandangan. Saya tiada niat untuk membandingkan mana-mana individu di luar sana.. Tajuk Diploma Versus Ijazah Sarjana Muda ataupun dikenali sebagai degree. Saya di sini bukan nak bincangkan kebaikan atau keburukan. Cuma saya nak bercerita mengenai pasangan dan tahap pelajaran.



SITUASI #1 : Sang suami mempunyai tahap kelulusan DIPLOMA dan sang isteri pula DEGREE

Jika dipandang secara mata kasar, ada sesetengah persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa mereka merupakan pasangan yang kurang sedondon. Hal ini berikutan kerana tahap pendidikan isteri lebih tinggi daripada suami. Pada pandangan saya, masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuat andaian yang negatif terhadap seseorang. Orang selalu berkata begini," Eleh , dia tu belajar takat diploma je, mampu ke dia tanggung isteri dia ? ". Jawapan saya ialah stiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita tidak tahu apa yang Allah S.W.T dah aturkan untuk beliau. Mana tahu , dia ada lakukan pekerjaan sampingan untuk mencari rezeki. Buat si isteri pula, jangan terlalu mendabik dada kerana tahap pendidikan kamu lebih tinggi . Kamu masih harus menghormati suami kerana dia merupakan ketua keluarga. Bantulah suami selagi yang mampu. Usah diungkit sebarang pemberian dan pertolonganmu kpd suami dalam meringankan bebannya dan sebagainya. Tidak semestinya berkahwin dengan orang yang tidak setaraf tidak mampu bahagia. Siapalah kita sebagai manusia hendak menentukan kebahagiaan seseorang, kan? Itu terserah kepada cara pasangan tersebut mengemudi bahtera rumahtangga mereka.

SITUASI #2 : Sang suami dan isteri mempunyai tahap kelulusan DEGREE/MASTER

Secara amnya, mereka akan dilihat sebagai pasangan yang sedondon. Mereka dikatakan sememangnya layak bernikah bersama kerana tahap pendidikan sama. Saya tidak nafikan kenyataan itu. Insya Allah ada betulnya. Pendapatan bersama mungkin akan menjadi lebih kukuh kerana masing-masing mempunyai pendapatan yang lumayan.

Ini sekadar pandangan saya. Mohon maaf salah silap.

Sekadar renungan bersama :)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) 

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah laki-laki yang sholeh, jadilah wanita yang sholehah. Semoga Allah S.W.T memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah S.W.T akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)