Sunday, 8 April 2012

Berkat Hidup

Assalamualaikum..


Alhamdulillah kerana Allah beri saya peluang utk bekongsi dgn para pembaca :)

[53]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[54]
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[55]
“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
[56]
“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
[57]
“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -
[58]
“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”

Surah Az-Zumar ayat 53-59

- Jangan putus asa dgn dosa yang dilakukan kerana Allah Maha Pengampun . DIA gembira jika hamba2Nya bertaubat
- Ikut segala suruhan dan perintah Allah malah tinggalkan segala laranganNya

Bagaimanakah cara utk mndapatkan keberkatan hidup ?

Sabda Rasulullah :-

" jaga 5 perkara sblum datang 5 perkara . "

Hidup SEBELUM Mati
Sihat SEBELUM Sakit
Lapang SEBELUM Sempit
Muda SEBELUM Tua
Kaya SEBELUM Miskin


Adakah waktu muda kita yg dipenuhi dngn maksiat dan apabila bertaubat , adakah itu dinamakan keberkatan hidup ?

- Berusaha utk berubah
- Kalau sentiasa bergelumang dgn maksiat maka hidupnya tidak akan diberkati

 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Surah Al - Baqarah ayat 222


Apakah seseorang tak dpt keberkatan hidup ?

- Byk
-  Orang yang melakukan maksiat
- Gembira apabila melakukan maksiat

Seseorang mendapat laknat Allah apabila :-

- Tak kluar dr maksiat yang dilakukan
- Tak usaha nak keluar d kemaksiatan

Cth : dedah aurat , merompak

Apakah proses utk teus istiqamah dlm memperoleh keberkatan hidup ?

 
1. jaga ibadat
2. Jaga perwatakan

Sentiasa belek al-Quran , kmudian baca & fhmkan serta amalan isi kandungannya
- Hayati terjemahan terutamanya yang berkaitan hukuman Allah terhadap manusia yg berbuat dosa dan maksiat
- Yakin dgn azab Allah


Maksud rezeki diberkati

- Kalu kita kaya dan berharta , kita tidak sombong malah bersifat tawaduk ( mrndah diri ) .
- Kaya TAPI tak kedekut
- Bila berhutang , senang nak bayar semula.
- Kerja dgn amanah

Apakah punca seseorang tak dapat keberkatan hidup dlm rezeki ?


1. Pnca utama

- TAK ikhlas
- Buat sesuatu kerja secara smbil lewa seperti melepaskan batuk di tangga

Sabda Nabi :-

" Setiap perbuatan bermula dgn niat . "

2. Banyak melakukan maksiat

Sabda Nabi :-

" Seseorang itu akn terkurang drpd mendapat rezeki kerana maksiat yg dilakukan"

Jika seseorang itu tidak bersyukur , betulkah dia tak ada keberkatan hidup ?

- Ya

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Surah Ibrahim ayat 7

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Surah al-Araf  ayat 10

Apakah cara terbaik nak pastikan rezeki diberkati ?

1. Pastikan niat diperbetulkan
2. Berazam utk berbakti kpd org susah
3. Jangan lalai kerana hati

Wallahualam~
Jika ada apa2 ksilapan dlm post sy , berikan tguran scara terbuka .
Insya Allah dpt diperbaiki

Sekian , terima kasih .

No comments: