Assalamualaikum..
Alhamdulillah sbb hari ini Mira mseh berkesempatan nk tulis entri ttg crmah2 yg Mira dgr..
* Urusan berjual beli
Ayat 1 : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Ayat 2 : Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Ayat 2 : Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Ayat 3 : Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Surah Mutaffifin ayat 1-3
Apakah itu Rezeki?
- Rezeki ialah apa sahaja yg Allah S.W.T kurnia kpd manusia dan kita dpt MANFAATnya.
- Wlupun sst brg itu milik kita tapi jika tidak mendatangkan manfaat kpd kita,maka ia bkn rezeki kita.
- Blum tntu org yg xda duit,xde rezeki.
Apakah rezeki itu benda baik shaja?
- Ada yg halal & haram
Sabda Rasulullah S.A.W drpd Abu Hurairah :-
" Akan dtg pada manusia satu zaman di mana manusia tidak peduli lagi sumbernya. "
Sahih Bukhari
Cara Nak Dapat Rezeki dengan Cara Halal
Sabda Rasulullah S.A.W :-
" Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam. "
Kenapakah kita perlu berusaha sdangkan jodoh , maut dah ditentukan?
- Tak cukup dgn usaha shj , kena disertai dgn doa & tawakal
( Semua yang berlaku atas kehendak Allah )
- Wlupun rezeki dah ditetapkan , kita msih perlu berusaha utk mencarinya
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
Surah Al-Mulk ayat 15
Antara usaha dan tawakal , mana yg perlu dilebihkan?
- Bergantung kpd diri individu tersebut sbb stiap org berbeza2.
- Mulakan stiap perbuatan dgn membaca Basmalah
4 Jenis Rezeki -
1) Rezeki yang Allah da jamin
2) Rezeki yang Allah telah agihkan
- Dah tertulis di Luh Mahfuz
" Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). "
Surah Al-An'am ayat 38
3) Allah beri hak milik msing2
4) Allah dah janjikan rezeki pd hamba2 yg beriman dan bertawakal
- Bkn semua og dapat
- Ada syarat2 tertntu yg Allah tetapkan
- Datang rezeki yg tak disangka2
Adakah rezeki yang Allah janji,banyak?
- Banyak
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan.."
Surah at-Thalaq ayat 4
- Orang yang beristighfar
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya:
“Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”
Hadis riwayat Abu Daud
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”
- Banyakkan bersedekah
Ada orang yg merungut kenapa rezeki tak bertambah?
- Sbb rezeki yg diperoleh adalah HARAM
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
Surah al-Munafiqun ayat 9
Adakah rezeki mempunyai rukun dan syarat?
- Ibadah di sisi Allah
- Ada rukun dan syarat
RUKUN2NYA :-
- Penjual
- Pembeli
- Barang yg dijual
- Akad ( ijab dan kabul )
Etika Perniagaan
- Contohilah Rasulullah
1) Mesti bertolak ansur
2) jujur,amanah
3) Bykkan bersedekah
4) Jangan lupa membayar zakat
5) Jangan lupa solat apabila wktunya sudah msuk
6) Mnutup aurat
7) Melakukan sumpah walau benar = MAKRUH hukumnya
Maaf jika bahasa yg saya gunakan tak brpe jelas.
Tgur saya jika ada penulisan sy yang salah.
Sekian,terima ksih :)
No comments:
Post a Comment