Friday, 16 March 2012

Membudayakan Al-Quran

Assalamualaikum..


Al-Quran merupakan kalam Allah yg tiada tandingannya .
Al-Quran juga mengandungi aspek yg lengkap .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang maksudnya bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

 “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya pada hari kiamat.”

 (Hadis riwayat Ahmad)  

Bg pndangan saya,amatlah rugi seseorang itu jika tidak mengamalkan Al-Quran semasa hidupnya .
Maaf kalu kenyataan saya melukakan hati mana2 pihak.


 Dan orang yang mendahului (sebagai) yang mula-mula (memeluk Islam) daripada Muhajirin, Ansar dan orang yang menuruti mereka dengan baik, (keadaan mereka adalah) Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepada-Nya (kepada Allah), dan Dia (Allah) telah menyediakan untuk mereka jannah (taman/syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Demikian itulah kejayaan yang besar.  

Surah At-Taubah ayat 100

Al-Quran terbahagi kpd 3 bahagian:-

1) Membaca
- Tilawah Al-Quran

2) Memahami
- Ilmu tafsir

3) Beramal

Sebagai orang Islam , kita kenalah baca Al-Quran
Skurang2nya baca 17x Surah Al-Fatihah stiap hari
Dlm 5x solat fardhu

Hadith Nabi saw yang menceritakan tentang ganjaran orang yang baca Al-Quran.
Sabda Nabi s.a.w : 

 Sesiapa yang membaca satu huruf ( sahaja ) dari Al-Quran , maka akan diberikan 1 pahala. Dan 1 pahala tersebut akan digandakan pula kepada 10 pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf. 

Tanamkan minat pada Al-Quran
wujudkan suasana hidup yang dekat dgn Al-Quran.
Cara masa utk manfaatkan Al-Quran

Insya Allah akan bersambung Bhg 2 :)



No comments: