Assalamualaikum..
Insya Allah hari ini saya akan sambung tajuk smlm ^^
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
Surah Al-Baqarah ayat 177
Kenapa berinfaq?
“Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”
Berusaha utk menyatukan hubungan kekeluargaan juga dikira berinfaq
Ada dua malaikat bersilih ganti dan turun ke bumi utk melihat perangai org berharta.
Adakah dia bersedekah atau tak?
Jika YA , malaikat akan mendoakan kebaikan utk org tersebut
Jika TIDAK , malaikat akan mendoakan keburukan utk org tersebut
Bagaimanakah jika seseorang menjalankan urus niaga dgn menggunakan wang dr sumber yg haram , lalu dia mati & warisnya menginfaqkan harta2nya kpd org yg memerlukan?
HARAM.
Kerana darah daging yang asalnya dr makan wang haram , akan menjajdi santapan utama api neraka kelak.
Wallahualam~
Adakah berdoa utk kebaikan seseorang juga dikira infaq?
Ya.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Jangan batalkan sedekah dengan mengungkit2.
Sbg cth,mula2 kita ikhlas nk memberi,tapi suatu hari kita ungkit2 pemberian kita . Jd,batallah sedekah itu
Apabila ada orang yang meminta sedekah,apa yg perlu kita lakukan ?
Kalau tak bagi,diamkan diri..
Jgn soal dia.
Senyap je
Hukum meminta sedekah
HARAM kecuali sbb2 tertentu
Apakah hukum seseorang muallaf berinfaq harta kpd ibu bapanya yang bukan Islam?
Tidak haram
Meminta bantuan org lain utk meminta sedekah,sbg contoh orang kelainan upaya ( OKU ) ?
-Boleh tapi dgn syarat dia reda & ikhlas..
-Beri jmlah perolehan sama adil
Alhamdulillah ^^
Tgur saya jika berlaku kesalahn dlm penulisan saya
Trima ksih sbb sudi membaca.
Belum Membaca Infaq Membawa Berkat Bahagian Satu ? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment