Friday, 2 March 2012

Roh Bahagian Satu

Assalamualaikum.


* Tjuk ini adalah SUKAR nmun sdikit ilmu yg sy perolehi , insya Allah saya berkongsi dgn anda semua :)

Definisi Roh

Jisim cahaya yg berada dlm badan & takkan rosak .
Dan mereka bertanya kepada engkau tentang roh.  Katakanlah: "Roh itu termasuk amr (urusan) Rab (Tuhan)ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit". 

Surah Al-Isra' ayat 85



Dan sesungguhnya jika Kami (Allah) menghendaki, nescaya Kami (Allah) lenyapkan apa yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada engkau, dan kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun tentang itu terhadap Kami (Allah). 
Surah Al-Isra' ayat 86
HADIS RASULULLAH S.A.W.:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w , Baginda bertongkatkan pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada anggapanku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah s.a.w menjawab dengan membaca ayat yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan)

Allah Ta'ala berfirman :

Yang bermaksud :Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang sulbi ) belakang mereka (Nabi Adam), dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).  
Surah Al-A'raaf ayat 172, 173 & 174

Adakah wujud perpindahan roh?

Dalam Islam tiada.
Agama lain ade mempunyai kepercayaan begitu
Satu roh HANYA utk SEORANG sahaja .
Roh tidak boleh berpindah kpd individu yg lain .

Roh Jahat - Roh yg ditemani jin dan syaitan.

Roh Jahat - Berbau busuk apabila dia mati
Roh baik - Berbau wangi apabila dia mati & para malaikat menyukainya

Keadaan dlm kubur

Roh yang selamat - boleh menjawab pertanyaan malaikat Munkar & Nakir .
Roh yang diseksa - tak dpat jwb pertanyaan malaikat Munkar & Nakir

Bila ada manusia yg memberi salam kpd ahli kbur , malaikat akan b'henti menyeksa buat seketika shingga ahli kbur t'sbut menjawab salam mnusia t'sebut . Kmudian , akan bersambung smula.

Wallahualam~

Roh boleh balik ke dunia dgn izin Allah S.W.T

Makhluk yang ada AWAL tapi tak ada AKHIR
> Syurga & neraka

Makhluk yg tak ada AWAL tapi ada AKHIR
> Al-Quran

Makhluk yg ada AWAL & AKHIR
> Manusia

Sy mohon maaf jika ada salah silap dlm penyampaian saya.
Wallahualam~

Mahu Baca Roh Bahagian Dua , KLIK SINI .

No comments: