Wednesday, 29 February 2012

Menyebarkan Ilmu

Hadith :

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”

(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Puasa Boleh Menghapuskan DOsa

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”

(Bukhari & Muslim)

Rahmat Terhalang Kerana Permusuhan

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”

(Muslim)

Mendrikan SOlat Berjemaah

al Aswad meriwayatkan:
Aku bertanya 'Aisyah, "Apa apa saja yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di rumahnya?" ‘Aisyah menjawab, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membantu pekerjaan keluarganya, ketika ada panggilan solat jama’ah, beliau bergegas pergi menunaikan solat." 
(HR alBukhari)

Nauzubillah~

Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… Amin Amin Amin..

Ketinggian Darjat di sisi Allah S.W.T

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.

Riwayat Abu Daud

Kepanasan Api Neraka

Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda:
”Apimu di dunia ini 1/7 api neraka”. Ada seseorang berkata:”Keadaannya sudah mencukupi”. Baginda bersabda:’Ditambah lagi dengan 69x panasnya dari api neraka.”

(al-Bukhari)

Ciri-Ciri Orang Tidak Beriman

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut”

Riwayat Ahmad

4 Perkara NUR Hati

1-jaga takbiratul ula dalam jemaah..
2-jaga solat tahajud
3-jaga mulut dr cakap xbaek
4-jaga mata dr pandang mende xbek

4 Kebaikan & Keburukan Mulut

1-diam                                               1- gembira sangat
2-senyum                                            2- marah sangat
3-zikir                                                3-meratap lbeyh
4-dakwah                                         4- ghibah

Cara Nak Sampai pada Allah

1-JANGAN makan KECUALI lapar
2-JANGAN tidur KECUALI ngantuk
3-JANGAN bercakap KECUALI perlu
 
Wallahualam~

Cuci 4 Perkara dengan 4 Perkara

cuci WAJAH dgn AIR MATA
cuci LIDAH dgn ZIKIR
cuci HATI dgn TAQWA
cuci DOSA dgn TAUBAT

Cinta 5 Perkara Lupa 5 Perkara

1. cinta DUNIA lupa AKHIRAT
2.cinta HIDUP lupa MATI
3.cinta MEWAH lupa KUBUR
4.cinta HARTA lupa HISAB
5.cinta MANUSIA lupa  PENCIPTA

Tips Sebelum Tidur

Hadith :
 
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.”


(Muslim)

Apa Lagi Nikmat Yang Kau Dustakan ?!!

Hadith :
 
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."

Abu Umamah r.a

Sunday, 26 February 2012

Dalam Sebulan Lagi Rasanya

Assalamualaikum


Em , kwn2..
Sy ase nervous la..

Tinggal agy dlm sbln rsult SPM 2011 kuar..
Sy risau sb t'kenangkan apa yg saya wt mse jwb exam tu..
Papepun , sy akan trime kputusan dgn reda & aty t'buka..
Insya Allah =)

Bile ckp ttg rsult nie,,
Sy bt'snyum sorg2..
Sbb,,,,,,,
Sy trkenangkan masa amek rsult UPSR & PMR..

Wktu UPSR,abah pegi China wktu tu atas urusan keje , mama pula duk umah sbb sarat mengandung..
Sy tak nak susahkan mak abah saya..

Jd,sy pegi la skula pg tu..
Tp bwak nset nokia model N1100 , hehe..
Yg skrin kuning + itam tu..
:)
Sbnrnye,rsult diumumkan lewat..
Sepatutnya,ckgu kne umumkan nme2 plaja yg dpt 5A dlm UPSR tapi ckgu trus tmpal kputusan smua plaja kt papan kenyataan..

da kne serbu papan tu..
Mula2,aku nmpk 3A1B1C ..
Aku da risau & ase down jap..

Ble tgk btul2,alhamdulillah dpt 5A..
Aku bersyukur sgt2 :D
Sblm nie,aku tak pnah dpt rsult cm nie..
Em..

Time PMR , aku ditemani abah & Akmal..
Hehe..
Mama & aliah ade urusan lain mse tu..
Waktu ckgu umumkan nme mengikut no angka gliran , tibe2 aku rse sebak & kuarla air mata..
Saya amat risau..
Selama nie,sy dpt 2A dan 3A je..
Tu yg ase mustahil..
Tp tak de sape dpt duga takdir Allah..
Alhamdulillah ..

Kawan2 , doakan kejayaan saya..
Smoga anda berjaya juga dlm peperiksaan SPM 2011..
Terima Kasih Ya Allah =)

:)

Saturday, 25 February 2012

NUR AMIRAH SYAHIRAH BINTI ABAS

Assalamualaikum.


Gamabar HIASAN sjh :)
"Kenapa tiba2 muncul nme kau nie,Mira?"
*Treng, treng , treng (bikin saspens)
Actually Mira tak de story nak share..
Huhu~

Em ,,
Tahukah anda apakah maksud nama Mira?

Nur - Cahaya ( Light )
Amirah - Puteri ( Princess )
Syahirah - Terkenal  ( Well-Known )

Bagi pandangan aku , mmg makna name aku tak bleh bla,,
Hehe~

Apepun , aku b'syukur..
Alhamdulillah

Syukran Ya Allah =D

Thursday, 23 February 2012

CINTA Lama??

Assalamualaikum.
Hah?
Apa sume nie mira?
Kau kate kau tak bercinta..
Kau tipu eyh?
Hehehe~~
Rileks..
Sje wt saspens..
:)

Cinta Lama merujuk kpd cterw anime yg pnah mira minat sgt2 pd suatu ktika dluw..
Zaman kanak2 ribena la katekan x)

Detective Conan



- Minat sbb Shinichi Kudo handsome :D
( Ye2 je , aku nie ==' )
-Kes2 siasatan yg pelik & mustahil dilakukan bg aku
-Conan Edogawa tu comelll :)

Yang aku tak suke,cterw nie dr aku drjh 4 ( thun 2004 ) , tak abis2 agy smpai ary nie..
Da la x slesai2 gak kesnya..
Jd aku pun malas tgk da..
Dlu kalu miss episod,ase t'kilan..
Skrg tak dah ^^

Bleach 



-Syok tgk dyeOwg pnye skill b'tarung
-Hitsugaya handsome even dye tak tinggi =)
-Rukia cun :)

Yang aku tak suke,prmpuannya seksi sgt..
huhu~
Jd aku pun tak minat da :)

Cerita Merepek..
Dr diriku..

Keberkatan Umur Bahagian Dua

Assalamualaikum .


Hari ini , saya mahu menyambung tajuk entri semalam :)


Surah al-Hasyr ayat 18

Sejauh mana keberkatan ilmu kita?
Apakah tujuan kita menggunakan hidup kita?
Adakah untuk perkara KEBAIKAN ataupun KEBURUKAN?

Hadis Nabi Muhammad S.A.W

" Rebutlah 5 peluang sebelum datang 5 peluang lain."

Muda --> Tua
Sihat --> Sakit
Kaya --> Miskin
Lapang --> Sempit
Hidup --> Mati

Semasa kita sihat , sebaik-baiknya kita manfaatkannya sebelum kita sakit dgn melakukan kebaikan.

Bagaimanakah hendak Mewujudkan Keberkatan Dalam Suatu Majlis?

1) Mulakan dengan doa
2) Majlis tersebut tiada unsur-unsur haram & syubhah
3) Menjaga tatasusila dan akhlak
4) Jangan ada unsur fitnah / mengumpat / memburuk-burukkan orang & sbgnya.

Adakah Taubat dapat membuat hidup kita menjadi berkat?

Sabda Rasulullah S.A.W:-
"Tiada yang disukai Allah daripada seorang yang suka bertaubat" 
- Orang yang bertaubat kepada Allah S.W.T seumpama orang yang tiada dosa.
- Sebagai manusia , kita tidak pernah terlepas drpd melakukan dosa.

Dan mereka pada ketika melakukan keburukan ataupun menganiyai diri, mereka segera mengingati Allah, maka mereka pun meminta keampunan di atas dosa-dosa mereka.”
Surah ali-Imran ayat 135

-Istighfar sekurang-kurangnya 3x selepas tiap-tiap selesai solat
-Sebutkan lafaz istighfar dgn bersungguh-sungguh.

Kenapa ada sesetengah orang berpendapat , " Selagi umur aku belum 40 tahun , aku nk 'enjoy2' dgn khidupan aku ."

Bagi saya , orang yang berpandangan begini adalah orang yang rugi.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W
“ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari keburukannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung ."
"Dalam riwayat lain , “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk neraka.”
Subhanallah..

Konklusinya , kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi kematian kerana ajal maut boleh datang pada bila-bila masa shj.

Malaikat Izrail ( Malaikat Maut )  Menjenguk Kita Setiap 21 Minit

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, 
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa."
Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Tanda Umur Mendapat Berkat
1) Semakin panjang umur , semakin bertambah ilmu ibadat
- Semakin bertambah amal
-Semakin rajin membaca al-Quran & bersolat
2) Semakin banyak rezeki & hidup dalam kemewahan , semakin banyak mengeluarkan duit utk bersedekah.
3) Semakin bertambah kekuatan / kemahuan , semakin rajin menuntut ilmu agama
-Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid & kuliah-kuliah

Cara Nak Dapatkan Keberkatan Umur

1) Rajin membaca al-Quran
-Amalkan utk sepanjang hidup kita
"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”
  (Riwayat Abu Dawud)

-Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”


(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)

Ayuh sahabat ! Marilah kita rebut peluang ini . Insya Allah :)

-Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurangnya kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

-Bacaan Al-Quran dapat memberi kelapangan dgn ahli keluarganya.

-Jika tak membaca al-Quran 3 hari , maka al-Quran akan jauh drpd kita

2) Sentiasa melakukan setiap perbuatan dengan lafaz Basmallah iaitu 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"
-Yang bermaksud," Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

3) Banyak beristighfar

Bagaimanakah sesebuah masyarakat nak dapatkan Keberkatan?

1) Firman Allah S.W.T
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Surah al-Araf ayat 96

Kita perlu ada sifat BERIMAN & BERTAKQWA .
Jika ada salah satu sahaja , ia tak menjadi.

Kita perlu mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Dalam mencari keberkatan umur yang berbaki , apa yang perlu kita lakukan?

1) Bertaubat dan beristighfar
2) Banyak mengingati mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah." 
(Riwayat At-Tirmidzi)

-Kita berasa gerun & tkut untuk melakukan dosa

Manfaatkanlah umur dengan sebaik mungkin
Lakukan amalan mahmudah

Dan ingatlah !
Setiap SAAT umur kamu akan disoal Allah S.W.T

Wallahualam~
Saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya.
Sekian , terima kasih

Wednesday, 22 February 2012

Keberkatan Umur Bahagian Satu

Assalamualaikum.


Apa mksud berkat?

memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu.
Keberkatan Umur

a) Umur tak dapat dijual beli

Doa khusus



" Wahai Tuhan kami , kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari azab api neraka. "

b) Biarlah sepanjang umur kita penuh dengan keberkatan
c) B'hasrat untuk meninggal dlm keadaan tenang & mengembirakan

Cara Mahu Mendapatkan Keberkatan Umur

1) Mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T

-Nikmat Allah tak terhitung kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kpd kita.

-Firman Allah:-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Surah Ibrahim ayat 7

2) Membelanjakan harta di jalan Allah

-Sumbangkan di tempat yang mendatangkan pahala
-Sbg contoh , menderma di tabung masjid.

-Firman Allah S.W.T:-
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Surah al-Baqarah  ayat 262

3) Berusaha mendapat rezeki yang halal

Firman Allah S.W.T:-
” Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”

Surah Al-Baqarah ayat 168



Kesan Keberkatan Umur

1) Terasa kemanisan beribadat , seronok & gembira apabila melakukan kebaikan spt membaca al-Quran & bersedekah.

2) Berterusan atau beristiqamah dlm melakukan ibadat

-Bila melewatkan solat , dia rasa susah hati & serba salah
-Bila dgr azan , dia segera meninggalkan segala keje yg dilakukan & bersiap-siap dgn mengambil wuduk utk mendirikan solat

3) Hati lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada kemungkaran

4) Reda dengan segala ujian Allah S.W.T

-Apa jua musibah yang melanda , dia menerima dgn hati terbuka.
-Imam Abdul Karim bin Hawazin al - Qusyairi berkata,

"Orang yang reda kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan - Nya."

Amalan Yang Membawa keberkatan Umur

1) Taat kepada Ibu Bapa

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
Surah al-Israa ayat 23

2) Suka menolong orang & menderma

-Berlumba-lumba untuk buat kebaikan tanpa timbul rasa hasad dengki

Perkara Lain Yang Boleh Dikaitkan Dengan Keberkatan Umur

1) Keberkatan hidup dalam keluarga

-Jaga dari awal perkahwinan

-Firman Allah:-
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Surah Ar-Rum ayat 21

2) Keberkatan dalam rezeki

-Melahirkan rumah tangga bahagia di dunia dan akhirat
-Dapat memperoleh isteri yang solehah
-Dapat melahirkan anak yg soleh & solehah
-Dapat melahirkan keturunan yang baik

3) Keberkatan hidup berjemaah

-Amalkan segala perkara berjemaah
-Sbg contoh , mengamalkan solat berjemaah bersama keluarga

Cara Mahu Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaan

1) Modal drpd sumber yg halal

2) Berniaga sehingga tidak melalaikan perkara asas
-Sbg contoh , solat

3) Memperoleh keuntungan dengan cara yang baik & betul
-Unsur-unsur penipuan ditegah dalam Islam

4) Mengeluarkan zakat perniagaan

5) Perniagaan tersebut membantu masyarakat.


Saya memohon maaf jika ada kesalahan dlm penulisan saya ini.
Sumber drpd ceramah yg saya peroleh , Ustaz Muhamad Idris Hj Derus
Insya Allah akan bersambung Bahagian Dua nanti =)

Klik Sini untuk Keberkatan Umur Bahagian Dua ^^

Tuesday, 21 February 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu =)

Assalamualaikum.


Kenapa sy tulis entri b'tjuk spt di atas?
sbnrnye..
Sy nk ckp..
Yang..
Klu awk ade suke ssorg , jgn beritahu dia..
Tapi awk beritahu la Allah S.W.T..
Semasa awk berdoa..
For me , Allah S.W.T is the best Planner for His servants :)

Siapa2 yang solo , anda jgn la gusar dan risau.
Insya Allah , Allah suda menentukan jodoh anda.
Cume blum tibe masanye.
Saya yakin 100% dengan janji Allah S.W.T.
Truskan berdoa tnpe berputus asa ^_^


Saya serta lirik lagu drpd kumpulan UNIC
Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

KORUS
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Alhamdulillah . Ase Lega ^^

Assalamualaikum.

Td tergerak aty nk tnye sal borg UPU..
Alhamdulillah , admin tu jwb soalan sy :)


Soalan sy cm nie :)


Jawapan yang diberikan..
Jeng Jeng Jeng..
Saspens skit XD

Pengalaman Belajar Subjek Prinsip Perakaunan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan zaman persekolahan rndah & menengah :)
Nmun , ade sst yg ingin aku kongsi di sini .
Swktu aku brde di Ting 4 , aku mengambil subjek Prinsip Perakaunan .
Aku ad basic dye sbb aku amek Perdagangan mse pOm 1-3 utk subjek KH ( Kemahiran Hidup ) .
Mungkin itu tkdir aku ^^

Bg aku , sbjek Akaun ( Acc ) nie lbeyh baek dr subjek Fizik & Kimia serta Matematik Tambahan .
Acc mmrlukan kfhman ktew t'hdp sst prinsip akaun .

Contoh :

Aset ( Dt )
Liabiliti ( Kt )
Hasil ( Kt )
Belanja ( Dt )
Ekuiti Pemilik = Modal ( Kt )

Bahagian Dt dlm Imbangan Duga ( ID ) , adalah BELANJA .
Bahagian Kt dlm Imbangan Duga ( ID ) , adalah HASIL .

Byk format akaun yg prlu dihafal .
Spew nk blaja kne kuat smgt , klu cpat ptus asa .
Jgn amek !
* Amaran Keras XD

I'm not lyin',,
It's true..

Ayat Kursi

Assalamualaikum.


TAHUKAH ANDA bahawa..

Terdapat banyak kebaikan yg boleh diperoleh apabila mengamalkan bacaan Ayat Kursi.
Insya Allah :)

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.
Insyaallah!

Istighfar

Assalamualaikum.


Adakah anda manusia?
Klu bkn , anda tidak perlu bce entri ini .
Sbb , entri ini khas utk golongan manusia . :)

Siapa boleh gtau sy mnusia mne yg tak penah mlakukan dosa & ksilapan?
Yup , kita sbg mnusia biasa tak penah t'lpas dr mlakukan dosa & ksilapan.
Kcuali mnusia yg bersifat maksum ( tiada dosa ) sbg contoh , Nabi Muhammad S.A.W

Pengertian istighfar

- Menundukkan hati , jiwa & fikiran terhadap Allah S.W.T dlm memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yg dilakukan

Sesungguhnya , Allah S.W.T membuka pluang kpd insan utk memohon keampunan pd setiap wktu dan di mana shj mereka berada.

Firman Allah :-
" Dan mohonlah ampun kpd Allah , sesungguhnya Dia Maha Pengampunan lagi Maha Mengasihani. "
Surah al-Muzammil : 20


Hikmah Beristighfar

- Menghidupkan jiwa yg resah kerana dosa
- Mendekatkan diri kepada Allah
- Membanteras tipu daya syaitan , yg selama ini memerangkap manusia dgn dosa
- Meningkatkan ketakwaan
- Memperolehi kemuliaan & anugerah Allah S.W.T dlm hidup dunia & akhirat

Syarat Istighfar / Taubat

- Meninggalkan maksiat
- Menyesal atas maksiat yg telah dilakukan
- Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
- Memperbanyak ibadah & berbuat amal kebajikan spt bersedekah , memberi makan kpd fakir miskin & lain-lain
- Mohon maaf jika melibatkan orang lain

Masa Istighfar

- Spjg hari & malam
- Sesudah melakukan dosa
- Ketika hendak tidur
- Ketika hendak bersahur
- Setelah slesai b'wuduk
- Ketika duduk antara dua sujud
- Sesudah membaca tahiyat ( tasyahud akhir )
- Ketika hendak meninggalkan sesuatu mjlis

Antara bacaan istighfar:-

- Ketika duduk antara dua sujud



- Ketika selesai solat fardhu kebiasaannya


Wallahualam
Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Rukun Islam

Assalamualaikum.

Rukun Islam ada 5 perkara.

Maksud Islam = tunduk & patuh menurut segala peraturan & panduan zahir serta batin yg dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

" Aku bersaksi bhawa tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH S.W.T dan aku bersaksi bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W itu pesuruh Allah .

2) MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM


Waktu Zohor = 4 Rakaat
Waktu Asar = 4 Rakaaat
Waktu Maghrib = 3 Rakaat
Waktu Isyak = 4 Rakaat
Waktu Subuh = 2 Rakaat

* Sesungguhnya SOLAT itu TIANG AGAMA .
* Tanda kepatuhan kita kepada Allah S.W.T sbg hamba-Nya

3) MENUNAIKAN ZAKAT


Zakat Harta

* Binatang Ternakan
* Emas & Perak
* Tanaman seperti padi , gandum , tamar , jagung & sbgnya
* Harta karun ( rikaz )

- Bila zakat harta digunakan utk tjuan menyucikan harta , maka zakat fitrah digunakan utk menyucikan hati & jiwa

- Zakat fitrah ( zakat al-nafs ) = zakat utk menyucikan jiwa dgn mengeluarkan sbg bhn makanan yg mengenyangkan mengikut sukatan tertentu oleh syarak di akhir bulan Ramadhan pada setiap tahun

4) PUASA PADA BULAN RAMADHAN


Definisi : Menahan diri drpd makan & minum serta melakukan perkara2 yang dilarang oleh Islam dr terbit fajar shingga terbenam matahari .

Nmun begitu,t'dpt beberapa golongan yang dikecualikan berpuasa

- Org yg sakit kerana jika dia berpuasa akan menyebabkan mudarat b'tmbah atau pnyakitnya lmbt smbuh
- Org yg sedang dlm p'jlanan lebih drpd 56 batu / 91 km
 ( Klu tidak menyusahkan boleh meneruskan puasa - ini adalah lebih baik dgn syarat , mula bertolak sblum Subuh )
-Wanita yg hamil
- Wanita yang menyusukan anak

5) MENGERJAKAN HAJI KE BAITULLAHIL-HARAM BAGI YANG BERKEMAMPUAN


Berkemampuan dr segi :-

- Belanja pergi & balik
- Belanja utk tanggungan yg ditinggalkan
- Kesihatannya yg baik
- Keselamatan perjalanan & kenderaan
- Smpt masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa

- Sy memohon maaf andai ada yg saya silap .
Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Facebook Terkini

Assalamualaikum.

This is my new Timeline..
Tak smpai sminggu agy aku gune..
:)

Ape2pun,aku lbih suke FB lme..
lbih teratur laa~

Hehe~

Nie "screenshot" FB aku.


Btulkah FB akan dibubarkan?
I hope not.

Monday, 20 February 2012

Permohonan UPU Fasa II

Assalamualaikum.


Nie la yg aku pilih mse apply borg UPU ary tu..
SpatOwtnye , aku tnggu rsult kuar..
Tp , teruja sgt nk isi bOrg .
Yang pling best , sume aku apply kt Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) .
Alhamdulillah
Yang paling MALANG skali..

Aku da gune KETIGA-TIGA peluang KEMASKINI =="
Pling m'ydihkan..
Aku pasrah & reda t'hdp ap yg bkal brlaku..

Smoge sumenye baik2 shj .
Amin Ya Rabbal Alamin !

Sunday, 19 February 2012

Demi Masa

Assalamualaikum .


[ 1 ] Demi Masa
[ 2 ] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[ 3 ] Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan ke arah kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar .

Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

SIhat SEBELUM Sakit
Muda SEBELUM Tua
Kaya SEBELUM Miskin
Lapang SEBELUM Sempit
Hidup SBELUM Mati

Bahagia

Assalamualaikum .


Hari ini saya nak bercakap ttg satu tajuk iaitu BAHAGIA .

Apa mksd Bahagia sbnrnye?

Agama Islam : Terbahagi kpd 2 bhgian

a) Kebahagiaan sementara

- Dikurniakan dlm hidup manusia di dunia ini .

b) Kebahagiaan kekal

- Menjadi milik hmbaNya yg mnjdikan dubia sbg ldang akhirat. Mereka mnyediakan bekalan utk m'prsiapkn diri mnghdapi hari akhirat. Urusan dunia dilakukan dgn amanah demi mncapai redha Nya.

Firman Allah S.W.T
"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH ,tidaklah dapat kamu menghitungnya."
Surah Ibrahim ayat 34




Friday, 17 February 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah S.W.T di akhirat

Assalamualaikum .

7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat:

1. Pemimpin adil
2. Pemuda yg membesar dlm ibadah kpd Allah.
3. Orang yang hatinya terkait pada masjid
4. Dua org yg berkasihan (bersahabat) kerana Allah, tak berjumpa dan berkumpul kecuali semata2 kerana Allah. cth: Hubungan Nabi SAW dan para Sahabat.
5. Org yg berzikir di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata takut kepada Allah.
6. Lelaki yg menolak ajakan zina wanita cantik dan kenamaan kerana takutkan Allah.
7. Org yg bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disumbangkan oleh tgn kanan.
(HR Bukhari dan Muslim)
Semoga kita berda di dalam kelompk ini.
Insya Allah :)


Wednesday, 15 February 2012

Introduction

Assalamualaikum.
 Introduction?
To what?

Haha~
About me & my family .

 : Me :


Name aku , Nur Amirah Syahirah binti Abas .
Umur 18 thun pd 12 Nov 1994 brsamaan 12 Jamadilakhir 1415H iaitu Hari Sabtu .
Pkul 11.51 pg :)
Tmptnye? Hospital Batu Pahat Johor
Although I was born in Batu Pahat , I didn't become a Johorean because I live in Terangganu & Pahang after that .
Lalalalalala~
Em , pndidikan awl?
thun 2000 = Tadika ABIM kt Alor Akar , Kuantan
tahun 2001-2006 = SK Permatang Badak kt Permatang Badak la :)
tahun 2007-2009 = SMK Abdul Rahman Talib kt Alor Akar jgak .
tahun 2010-2011 = SM Teknik Kuantan kt Jln Tg Muhammad

pencapaian UPSR , PMR & SPM?
Er,rhsia !
Sape nk tahu , tnye cik NASA nie :)
insya Allah dijawab soalannya .

** NASA = Nur Amirah Syahirah binti Abas

 : Family :


Abah : Encik Abas bin Sabami @ 11 Jan 1970
Mama : Puan Shamsiah bte Senin @ 18 Dis 1972
Adik lelaki pertama : Muhammad Amirul Syafiq @ 14 Jan 1999
Adik perempuan tunggal : Nur Aliah Syasya @ 9 Dis 2001
Adik lelaki bongsu : Muhammad Akmal Syazwan @ 9 Jul 2007

Sy sayang kluarge sy :)
Alhamdulillah Allah S.W.T berikan aku kluarge yg terbaik ^^