Monday, 13 February 2012

Waktu-Waktu Doa Dimakbulkan . Insya Allah

Assalamualaikum.


This is my first entry on a religion issue .
Di dalam entri kali ini , terdapat beberapa hadith yang menceritakan tentang waktu-waktu mustajab berdoa .
Insya Allah
Teruskan berdoa kepada Allah S.W.T tanpa berputus asa .
:D
Syukran~
#1 :
Hadis daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda , " Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata , " Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan . "
#2:
Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda , " Sesiapa yang bangun pada malam hari & mangatakan atau berdoa , doanya akan dimakbulkan . " Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat sunat malam  , solatnya akan diterima Allah ) .
#3 :
Hadis Abu Hurairah R.A , Nabi Muhammad S.A.W bersabda , " Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok , pohonlah kurnia darpada Allah S.W.T kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat ". " Jika kamu mendengar keldai memekik , pohonlah perlindungan daripada Allah S.W.T daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan ".
#4 :
Hadis daripada Abu Hurairah , " pada hari Jumaat ada suatu saat di mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa , memohon sesuatu daripada Allah , pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya '.
#5:
Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W , " 3 Orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil , orang berpuasa ketika dia berbuka & orang yang dianiaya . Allah mengangkat doa-doa ke awan & pintu-pintu langit dibuka .
#6 :
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda . " Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak " .
#7 :
Rasulullah bersabda , " Allah S.W.T akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir , seraya berfirman , " Sesiapa yang berdoa kepadaKu , maka aku akan menerima permintaanNnya dan sesiapa yang meminta keampunan daripadaKu maka aku akan mengampuninya .
#8 :
Ata bin Abi Rabah berkata , " Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda , " Sesiapa yang membaca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan .

No comments: