Assalamualaikum.
Apa mksud berkat?
memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati resekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu.
Keberkatan Umur
a) Umur tak dapat dijual beli
Doa khusus
" Wahai Tuhan kami , kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari azab api neraka. "
b) Biarlah sepanjang umur kita penuh dengan keberkatan
c) B'hasrat untuk meninggal dlm keadaan tenang & mengembirakan
Cara Mahu Mendapatkan Keberkatan Umur
1) Mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T
-Nikmat Allah tak terhitung kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kpd kita.
-Firman Allah:-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Surah Ibrahim ayat 7
2) Membelanjakan harta di jalan Allah
-Sumbangkan di tempat yang mendatangkan pahala
-Sbg contoh , menderma di tabung masjid.
-Firman Allah S.W.T:-
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Surah al-Baqarah ayat 262
3) Berusaha mendapat rezeki yang halal
Firman Allah S.W.T:-
Firman Allah S.W.T:-
” Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”
Surah Al-Baqarah ayat 168
Kesan Keberkatan Umur
1) Terasa kemanisan beribadat , seronok & gembira apabila melakukan kebaikan spt membaca al-Quran & bersedekah.
2) Berterusan atau beristiqamah dlm melakukan ibadat
-Bila melewatkan solat , dia rasa susah hati & serba salah
-Bila dgr azan , dia segera meninggalkan segala keje yg dilakukan & bersiap-siap dgn mengambil wuduk utk mendirikan solat
3) Hati lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada kemungkaran
4) Reda dengan segala ujian Allah S.W.T
-Apa jua musibah yang melanda , dia menerima dgn hati terbuka.
-Imam Abdul Karim bin Hawazin al - Qusyairi berkata,
"Orang yang reda kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan - Nya."
Amalan Yang Membawa keberkatan Umur
1) Taat kepada Ibu Bapa
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."
Surah al-Israa ayat 23
2) Suka menolong orang & menderma
-Berlumba-lumba untuk buat kebaikan tanpa timbul rasa hasad dengki
Perkara Lain Yang Boleh Dikaitkan Dengan Keberkatan Umur
1) Keberkatan hidup dalam keluarga
-Jaga dari awal perkahwinan
-Firman Allah:-
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Surah Ar-Rum ayat 21
2) Keberkatan dalam rezeki
-Melahirkan rumah tangga bahagia di dunia dan akhirat
-Dapat memperoleh isteri yang solehah
-Dapat melahirkan anak yg soleh & solehah
-Dapat melahirkan keturunan yang baik
3) Keberkatan hidup berjemaah
-Amalkan segala perkara berjemaah
-Sbg contoh , mengamalkan solat berjemaah bersama keluarga
Cara Mahu Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaan
1) Modal drpd sumber yg halal
2) Berniaga sehingga tidak melalaikan perkara asas
-Sbg contoh , solat
3) Memperoleh keuntungan dengan cara yang baik & betul
-Unsur-unsur penipuan ditegah dalam Islam
4) Mengeluarkan zakat perniagaan
5) Perniagaan tersebut membantu masyarakat.
Saya memohon maaf jika ada kesalahan dlm penulisan saya ini.
Sumber drpd ceramah yg saya peroleh , Ustaz Muhamad Idris Hj Derus
No comments:
Post a Comment