Thursday, 23 February 2012

Keberkatan Umur Bahagian Dua

Assalamualaikum .


Hari ini , saya mahu menyambung tajuk entri semalam :)


Surah al-Hasyr ayat 18

Sejauh mana keberkatan ilmu kita?
Apakah tujuan kita menggunakan hidup kita?
Adakah untuk perkara KEBAIKAN ataupun KEBURUKAN?

Hadis Nabi Muhammad S.A.W

" Rebutlah 5 peluang sebelum datang 5 peluang lain."

Muda --> Tua
Sihat --> Sakit
Kaya --> Miskin
Lapang --> Sempit
Hidup --> Mati

Semasa kita sihat , sebaik-baiknya kita manfaatkannya sebelum kita sakit dgn melakukan kebaikan.

Bagaimanakah hendak Mewujudkan Keberkatan Dalam Suatu Majlis?

1) Mulakan dengan doa
2) Majlis tersebut tiada unsur-unsur haram & syubhah
3) Menjaga tatasusila dan akhlak
4) Jangan ada unsur fitnah / mengumpat / memburuk-burukkan orang & sbgnya.

Adakah Taubat dapat membuat hidup kita menjadi berkat?

Sabda Rasulullah S.A.W:-
"Tiada yang disukai Allah daripada seorang yang suka bertaubat" 
- Orang yang bertaubat kepada Allah S.W.T seumpama orang yang tiada dosa.
- Sebagai manusia , kita tidak pernah terlepas drpd melakukan dosa.

Dan mereka pada ketika melakukan keburukan ataupun menganiyai diri, mereka segera mengingati Allah, maka mereka pun meminta keampunan di atas dosa-dosa mereka.”
Surah ali-Imran ayat 135

-Istighfar sekurang-kurangnya 3x selepas tiap-tiap selesai solat
-Sebutkan lafaz istighfar dgn bersungguh-sungguh.

Kenapa ada sesetengah orang berpendapat , " Selagi umur aku belum 40 tahun , aku nk 'enjoy2' dgn khidupan aku ."

Bagi saya , orang yang berpandangan begini adalah orang yang rugi.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W
“ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari keburukannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung ."
"Dalam riwayat lain , “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk neraka.”
Subhanallah..

Konklusinya , kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi kematian kerana ajal maut boleh datang pada bila-bila masa shj.

Malaikat Izrail ( Malaikat Maut )  Menjenguk Kita Setiap 21 Minit

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, 
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa."
Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Tanda Umur Mendapat Berkat
1) Semakin panjang umur , semakin bertambah ilmu ibadat
- Semakin bertambah amal
-Semakin rajin membaca al-Quran & bersolat
2) Semakin banyak rezeki & hidup dalam kemewahan , semakin banyak mengeluarkan duit utk bersedekah.
3) Semakin bertambah kekuatan / kemahuan , semakin rajin menuntut ilmu agama
-Menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid & kuliah-kuliah

Cara Nak Dapatkan Keberkatan Umur

1) Rajin membaca al-Quran
-Amalkan utk sepanjang hidup kita
"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.”
  (Riwayat Abu Dawud)

-Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”


(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)

Ayuh sahabat ! Marilah kita rebut peluang ini . Insya Allah :)

-Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurangnya kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

-Bacaan Al-Quran dapat memberi kelapangan dgn ahli keluarganya.

-Jika tak membaca al-Quran 3 hari , maka al-Quran akan jauh drpd kita

2) Sentiasa melakukan setiap perbuatan dengan lafaz Basmallah iaitu 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"
-Yang bermaksud," Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

3) Banyak beristighfar

Bagaimanakah sesebuah masyarakat nak dapatkan Keberkatan?

1) Firman Allah S.W.T
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Surah al-Araf ayat 96

Kita perlu ada sifat BERIMAN & BERTAKQWA .
Jika ada salah satu sahaja , ia tak menjadi.

Kita perlu mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Dalam mencari keberkatan umur yang berbaki , apa yang perlu kita lakukan?

1) Bertaubat dan beristighfar
2) Banyak mengingati mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah." 
(Riwayat At-Tirmidzi)

-Kita berasa gerun & tkut untuk melakukan dosa

Manfaatkanlah umur dengan sebaik mungkin
Lakukan amalan mahmudah

Dan ingatlah !
Setiap SAAT umur kamu akan disoal Allah S.W.T

Wallahualam~
Saya mohon maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya.
Sekian , terima kasih

No comments: